My Starz LG (musim 1)

My Starz LG adalah merupakan sebuah program realiti TV berkonsepkan nyanyian yang diterbitkan oleh Media Prima dan LG. Musim pertama program ini mulai disiarkan di TV3 bermula pada 1 Julai 2007, iaitu setiap hari Ahad pada jam 6 petang.